Sedikit masa kemudian, penduduknya mula berpindah ke kawasan paya di belakang bukit kanada untuk bertanam padi sawah dan menternak kerbau. Kawasan berkenaan kemudiannya dikenali sebagai Kampung Padang Kerbau. Selepas tamat perang dunia ke-2, penduduknya berpindah semula ke kawasan bukit Kanada atas kebenaran pegawai tadbir British ketika itu. Tuan Haji Usop Bin Rumbai merupakan ketua kampung pertama Kampung Serampak / Kampung Padang Kerbau. Memandangkan keadaannya yang agak uzur, jawatan berkenaan diserahkan kepada adinda beliau Tuan Haji Wahed Bin Rumbai yang telah berusaha gigih untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kampung.
Kampung Serampak / Padang Kerbau amat dikenali umum kerana ternakan kerbaunya. Bagi mengenang jasa Tuan Haji Wahed Bin Rumbai maka dalam tahun 1975 ahli jawatankuasa telah menukar nama Kampung Serampak kepada Kampung Haji Wahed. Penduduknya kini terdiri dari pelbagai kaum seperti kedayan , melayu , melanau, cina dan iban. Pekerjaan penduduk tidak lagi terhad kepada menternak kerbau dan bertani sahaja malah kebanyakkannya bekerja sendiri atau bekerja di jabatan atau syarikat swasta di sekitar Bandar Miri.
No comments:
Post a Comment